Malaysia News

Latest News From Malaysia

Zul Ariffin Akui Terasa Gosip Zahirah Macwilson – Kamal Adli

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa hubungan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson tidak begitu baik setelah Zahirah terlibat dengan pertelingkahan bersama Kamal Adli dan Emma Maembong. Pertelingkahan itu bermula apabila Emma mendapat tahu bahawa Zahirah dan Kamal terbabit cinta lokasi di set Duda Pujaan Dara dan telah keluar bersama tanpa pengetahuan Emma.

Zul sebelum ini memberitahu tidak mahu bercerita mengenai kisah peribadi, namun begitu kepada BH Online, Zul meluahkan rasa kesalnya terhadap pertelingkahan mereka yang turut terkait namanya:
Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah bergaduh serta tidak bercakap selama tiga minggu. Saya hanya mendapat tahu mengenai isu itu apabila Emma menghubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal.
Saya akui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat, semua sudah berlaku.
Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat?
 Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Zul mempersoalkan tindakan Zahirah mengikut kata hati sehingga mencetuskan itu lain (dengan mendedahkan salinan perbualan WhatsApp dengan Kamal di Instagram), sedangkan Zahirah tidak bersemuka dengannya untuk memperjelaskan keadaan:
Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku. Ada rakan di lokasi penggambaran memberitahu Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung. Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya. Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Kami tiada medium lain untuk memperbaikinya. Dia hanya perlu bersemuka dengan saya. Jika Zahirah mahu berubah, lakukan tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak akan menyalahkannya.
Zul bagaimanapun enggan menjawab sama ada apa yang berlaku menggoyahkan percintaan mereka:
Saya tidak boleh nak menjawab soalan ini. Saya amat terasa.
Zul juga sebelum ini tidak mahu menjawab mengenai perancangan perkahwinan dengan Zahirah, tetapi kali ini berterus-terang bahawa dia tiada perancangan perkahwinan dengan gadis itu dalam masa terdekat:
Jika mahu bernikah, tidak perlu menunggu hingga tahun depan. Saya hanya mahu ia dijalankan mengikut syarak tanpa perancangan besar.
Sumber penulis mendakwa keduanya telah berhenti mengikuti satu sama lain di laman sosial. Mungkin Zul perlukan sedikit masa untuk sejuk dan mungkin Zahirah perlu berkomunikasi dengan Zul untuk menyelamatkan perhubungan mereka.
Back To Top