Malaysia News

Latest News From Malaysia

Sharifah Sakinah Bengang Dilabel Bimbo

Kita ni kan perempuan dan kita ada naluri tu,  kita ade sense, sixth sense yang perempuan tu pandang laki kite!”  Mesti ramai yang pernah dengar ayat popular ini kan? Tentu sekali dari drama Girlfriend Aku Dari Neraka lakonan Sharifah Sakinah, memang ramai sehingga hari ini masih ingat lakonan beliau sebagai seorang teman wanita yang huru-hara dengan pelbagai perangai.
Sakinah sejak beberapa tahun lalu memang dikenali sebagai  seorang yang suka melawak dan perangai gila-gila kata orang, tetapi Sakinah cukup bengang bila ada sesetengah peminat melabelkan beliau sebagai bimbo gara-gara karakternya sebagai Lydia dalam Girlfriend Aku Dari Neraka.
Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian. Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan ‘bimbo’ semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu.
Untuk yang tidak tahu apa itu bimbo, ia menggambarkan wanita cantik yang tidak bijak ataupun matang. Erm, memanglah Sakinah terasa hati dan bengang apabila dikatakan begitu.
Back To Top