Malaysia News

Latest News From Malaysia

Saya Gembira Dengan Suami, Setiap Hari Kami Honeymoon – Anzalna Nasir Jawab Soal Anak

Sudah lebih setahun bergelar isteri kepada Hanif Zaki, pelakon Anzalna Nasir bagaimanapaun tidak begitu tertekan mengenai soal cahaya mata dan menikmati kebahagiaan hidup berdua. Kata Anzalna, beliau dan suami setiap hari dalam mood berbulan madu.
Saya gembira dengan hidup saya, pendek kata hari-hari kami boleh honeymoon dan tiada apa yang perlu dipeningkan. Orang sebenarnya sudah jemu bertanyakan soalan sama kepada saya, cuma bagi saya selagi usia perkahwinan belum memasuki angka 10 tahun, saya tidak rasa tertekan pun. Kami baru lagi berkahwin dan kedua-dua belah keluarga pun menyarankan kami ‘enjoy’ dahulu, pergi melancong dan nikmati masa berdua.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016. Benar kata Anzalna, selagi ada masa berdua bersama suami, nikmatilah. InsyaAllah, satu hari nanti pasti akan rezeki untuk mereka memiliki cahaya mata.
Back To Top