Malaysia News

Latest News From Malaysia

Liza Hanim Bakal Juara GegarVaganza 4?

Pejam celik pejam celik, GegarVaganza 4 (GV4 kini telah pun memasuki minggu keempat. Pantas sungguh masa berlalu. Setakat hari ini, Abang Nara memang tak pernah terlepas menyaksikan konsert GV4. Seronok tengok penyanyi-penyanyi lama kembali beraksi dan berentap di atas pentas. Vokal masing-masing masih padu dan jitu.
image
Minggu lalu di konsert ketiga, Raja Azura telah pun mengikuti jejak langkah Ferhad sebagai peserta yang tersingkir daripada GV4. Selepas persembahan minggu ketiga juga, rata-rata para netizen sudah mula membuat tekaan masing-masing tentang peserta yang bakal bergelar juara. Nama Liza Hanim adalah antara yang disebut-sebut sebagai “feveret” untuk menjuarai pertandingan ini.
image
Tekaan ini bukanlah tekaan kosong, sebaliknya kerana prestasi Liza Hanim yang cukup memberangsangkan sejak minggu pertama GV4 lagi. Untuk makluman, Liza Hanim telah mendapat tempat pertama di minggu kedua dan juga minggu ketiga. Kehebatan vokal Liza Hanim tidak perlu dipertikaikan, namun apa yang menariknya setiap minggu Liza Hanim tampil dengan persembahan yang unik, bertenaga dan memukau. Memang meremang bulu roma Abang Nara dibuatnya setiap kali giliran Liza Hanim naik ke atas pentas.
image
Secara jujurnya, Abang Nara terus menjadi penyokong Liza Hanim selepas melihat persembahan minggu pertamanya. Sedikit sebanyak Abang Nara ingin membantu Liza Hanim menjuarai GV4 ini. Untuk makluman, markah persembahan adalah 100% daripada juri. Jadi Abang Nara tak perlu nak hantar undi SMS. Apa yang Abang Nara lakukan setiap minggu ialah mengundi Liza Hanim sebagai “Digi Star of The Week” menerusi applikasi MyDigi.
image
Kalau korang peminat tegar Liza Hanim (atau peminat peserta-peserta lain), pastikan korang mengundi mereka sebab banyak kelebihan apabila dipilih sebagai “Digi Star Of The Week”. Selain daripada memenangi hadiah daripada Go Shop, pemenang “Digi Star Of The Week” juga boleh memilih giliran kedudukan untuk membuat persembahan pada minggu berikutnya.
Paling penting, selepas anda mendapatkan kod undi menerusi applikasi MyDigi, terus pergi ke www.gegarvaganza.com.my untuk mula mengundi. Undian dibuka setiap hari Ahad sehingga hari Rabu sahaja. Sekiranya anda merupakan pengundi terpantas, anda bakal memenangi hadiah mingguan daripada Digi. Hadiahnya pun bukan calang-calang tau.
Untuk ketahui lebih lanjut sila layari layari portal Digi Community: http://digi.my/gv-nara untuk cara mengundi di aplikasi MyDigi. Jadi tunggu apa lagi? Undilah peserta GV4 kegemaran anda dan pastikan mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara. Abang Nara dah undi Liza Hanim dah. Anda pula macam mana?
Back To Top