Malaysia News

Latest News From Malaysia

Hantu Kak Limah 2017 Bakal Jadi Filem Paling Lawak

Sebelum ini, kita sudah mengetahui filem-filem arahan Mamat Khalid seperti Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet sudah mempunyai pengikutnya tersendiri. Manakan tidak, hampir keseluruhan skripnya menjadi ikutan anak muda dan tidak kurang yang turut melabelkan bait – baik skrip filem – filem beliau.

Hantu Kak Limah 2017 Paling Lawak!



Berita terbaru yang Hangat.com terima menerusi ulasan dari seorang pengguna Facebook, pengarah terkenal berkenaan dikatakan sedang sibuk mengarahkan filem terbaru beliau, Hantu Kak Limah 2017.

Walaupun tiada tajuk rasmi diperoleh dari Mamat Khalid, namun beliau menyifatkan filem Hantu Kak Limah versi 2017 adalah antara filem paling lawak pernah beliau hasilkan.Malah sepanjang penggambaran dilakukan, Hangat.com difahamkan seluruh krew termasuk pelakon-pelakon terpaksa menahan diri dari ketawa dengan beberapa adegan lucu yang dilakonkan dalam filem beliau akan datang.

Mamat Sedih Dengan Pemergian Pelakon Berbakat

Dalam sumber lain, Mamat ternyata agak sedih bila bercerita mengenai barisan pelakon filem Hantu Kak Limah nya kali ini apabila pelakon terdahulu seperti Allahyarham Zami Ismail, Azwan dan Pak Jabit sudah kembali ke rahmatullah.

“Sedar tak sedar tiga pelakon penting filem Hantu Kak Limah dah meninggal bro. Azwan, Zami Ismail dan terbaru Pak Jabit dah tak ada.Apapun kita tetap teruskan filem ini. Yang pasti ia bukanlah sambungan atau sekuel, jadi kalau siapa yang ‘miss’ tengok Hantu Kak Limah dulu, dia tak perlu risau. Kali ni jalan cerita semua berbeza, harap kita dapat siap cepat so that peminat tak perlu tunggu lama nak tengok kat panggung wayang,” kata Mamat.

Dengan beberapa pendedahan awal filem terbaru Mamat Khalid ini ternyata memberi ramai peminat – peminatnya teruja dengan filem ini nanti. Malah kami juga teruja dengan filem terbaru Hantu Kak Limah! Anda pula bagaimana?
Back To Top