Malaysia News

Latest News From Malaysia

5 Selebriti Yang Masih Tidak Berpunya & Apa Yang Anda Boleh Pelajari Daripada Mereka

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki bulan November di tahun 2017. Pantas sungguh masa berlalu. Di tahun ini ramai selebriti yang telah menamatkan zaman teruna/gadis mereka dengan mendirikan rumahtangga. Abang Nara pasti ramai yang patah hati, kecewa dan berendam air mata apabila selebriti kegemaran mereka bergelar suami/isteri orang.

Namun masih ramai lagi selebriti-selebriti lelaki dan wanita yang masih belum berpunya A.K.A single. Abang Nara selalu ushar laman sosial mereka dan nampak diorang sedang “living life to the fullest”. Menjadi single bukanlah bermakna diri kita ini “loser”. Banyak benda yang kita boleh lakukan sesuka hati tanpa perlu terikat dengan sesiapa.

1. Lebih banyak masa untuk fokus diri sendiri
Bila single, kita tak perlu keluar dating, tak perlu bergayut di telefon berjam-jam, tak payah nak balas mesej Whatsapp. Pendek kata, kita ada banyak masa untuk fokus kepada diri sendiri. Kita boleh “reflect” apa yang telah kita lakukan sepanjang hari, boleh rancang perjalanan kehidupan dan macam-macam lagi dengan banyak masa terluang. Contohnya macam Fattah Amin yang selalu mengeluarkan kata-kata hikmah tentang kehidupan di Instagramnya. Inilah salah satu kelebihan menjadi single. We have time for ourself.

2. Boleh luangkan masa bersama kawan-kawan
Kalau dah berpunya, jangan haraplah nak pergi keluar lepak dengan kawan-kawan. Setiap hujung minggu je mesti si dia akan ajak dating. Kalau dapat kekasih yang cemburu, keluar dengan kawan pun boleh gaduh. Ha, kalau jadi single macam Fazura nie, kita akan ada banyak masa untuk ‘catch up’ dengan kawan-kawan lama. Boleh dengar cerita diorang, boleh gelak-gelak teringat memori lama, boleh lepak sampai lewat malam dan macam-macam lagilah. Seronok kan jadi single?

3. Boleh travel seluruh dunia
Satu lagi kelebihan menjadi ‘single’ ialah tiada orang nak melarang anda daripada pergi melancong ke mana-mana. Yang lagi best tak perlu nak rancang sangat kalau nak travel. Hari ini beli tiket, esok apply cuti, lusa dah boleh fly. Tak perlu adjust waktu dengan si dia. Untung kan? Contoh macam Mira Filzah nie. Abang Nara tengok Instagram dia macam dah pusing satu dunia. Seronok sungguh!!!

4. Suka hati nak posing gambar macam mana pun
Bila kita ‘single’, tiada hati yang perlu dijaga. Nak upload apa-apa jenis gambar kat Instagram/Facebook semuanya boleh. Gambar terbaring, gambar dengan kawan lelaki, gambar dengan kawan perempuan, gambar tengah tidur, gambar makan nasi mulut ternganga semuanya ok. Tak ada orang nak pantau. Bab-bab bergambar sesuka hati nie Janna Nick memang power. Dia punya gambar semua memang ‘rare’. Tak caya leh ushar Instagram dia. Kelakar beb!!

5. Tiada halangan untuk bershopping sebanyak mana yang anda mahukan
Inilah kelebihan menjadi ‘single’ yang paling best. Duit kita suka hati kita nak shopping apa. Tak payah nak simpan duit untuk belanja si dia. Semuanya untuk kita. Boleh shopping sampai lebam!!! Tak ada orang pantau, tak ada orang marah, tak ada orang berleter dan tak ada orang merajuk. Bab-bab shopping nie Abang Nara suka tengok Neelofa. Handbag dia, tudung dia, spek mata hitam dia, seluar jeans dia, baju dia. Memang kuat shopping juga Neelofa nie.
Back To Top