Malaysia News

Latest News From Malaysia

Pemandu Uber kacak buat gadis ini tidak keruan, video ditonton 2.5 juta kali

TIDAK semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan Uber atau Grab Car yang berani meluahkan perasaan atau membuat reaksi spontan apabila bertemu dengan pemandu yang kacak atau cantik.

Namun, apa yang berlaku kepada gadis bernama Mary Ann Joy Dimanlig dari Antipolo, Filipina ini membuatkan rakamannya tular di media sosial.

Mary Ann tanpa segan silu merakamkan reaksinya apabila bertemu dengan seorang pemandu Uber lelaki kacak yang sedang memandu di sebelahnya.


Lelaki bercermin mata hitam dan berbaju putih itu melayan sahaja kerenah Mary Ann yang beberapa kali mengajak lelaki itu berswafoto dengan memanggil gelaran 'kuya' (abang) berkali-kali.

Rakaman video berdurasi 21 saat itu telah dimuatnaik oleh Mary Ann pada 11 Oktober lalu dan sehingga kini sudah ditonton lebih 2.5 juta kali.

Malah, video itu juga dikongsi lebih 478 pengguna dan mendapat hampir 2,000 komen.

Netizen yang menonton rakaman video itu terhibur dengan gelagat Mary Ann yang sanggup tidak memakai tali pinggang keselamatan dek terlalu teruja berada di samping pemandu kacak itu.


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Mary Ann Joy Dimanlig
sumber: http://www.astroawani.com/gaya-hidup/pemandu-uber-kacak-buat-gadis-ini-tidak-keruan-video-ditonton-2-5-juta-kali-158437
Back To Top