Malaysia News

Latest News From Malaysia

Kembar Camelia! 5 Gambar Hos TV Jelita Aina Suzaily

Pasti ramai yang merindukan penampilan artis jelita Camelia yang popular pada era 90an. Kehilangan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Rindu Padanya dan Dengarlah Kasih, sering menjadi tanya dalam kalangan peminat seni tanah air. Penyanyi jelita yang kini memegang gelaran Datin Seri ini bagaimanapun, sering dilihat dalam pelbagai acara sosial dan wajahnya juga kerap dilihat dalam laman-laman sosial.

Dalam kerinduan kita pada Camelia, tiba-tiba Hangat.com terlihat seorang gadis ini mirip wajah Camelia. Jika kita imbau kembali zaman kegemilangan Camelia, wajahnya saling tak tumpah dengan artis kelahiran Sarawak ini. Gadis ini merupakan penyampai berita di TV3 dan juga menjadi hos rancangan bola sepak. Lihat gambar-gambar beliau.
Pasti anda mengenali wanita cantik ini bernama Aina Suzaily. Siapa Aina Suzaily?
Anda akan perasan sejurus perlawanan tamat, beliau akan bertanya soalan kepada coach atau pemain. Sebelum beliau terjebak dalam dunia kewartawanan, Aina Suzaily adalah bekas juara Penyampai Ikon RTM 2009. Dengan bakat yang ada sehingga kini Aina giat aktif dalam penyampai berita dan kewartawanan.
 
Memang wajah mereka hampir sama kan? Apa pandangan anda?
sumber: hangat.com
Back To Top