Malaysia News

Latest News From Malaysia

‘Jangan Main Cakap Je!’,- Zed Zaidi Kena Hentam Dengan Syazwan Zulkifly

Sebelum ini, Syazwan mendakwa beliau telah digam oleh sebuah stesen televisyen gara-gara insiden salah faham antara beliau dan seorang pengacara tv tersebut yang juga bekas teman wanita nya. Tambah beliau menurut sumber dari Mstar, yuran yang dikenakan pada setiap ahli sebanyak RM50 dirasakan seperti tidak berbaloi dan tidak mendapat sebarang keuntungan.

Zed Zaidi Minta Bukti
Dalam pada itu juga, Zed Zaidi ketika ditemui beliau meminta Syazwan mengemukakan surat pengharaman (blacklist) yang diperkatakannya untuk pihak SENIMAN mengkaji semula kes beliau. Jika tiada ternyata ianya hanyalah persepsi pelakon berkenaan semata – mata yang memperlihatkan seolah-olah beliau seperti digam. Tambah Zed, pihak SENIMAN sendiri pernah membantu dan menjadi orang tengah yang melibatkan kes beliau hampir disaman oleh sebuah syarikat produksi. Telahan Syazwan mengenai beliau disisihkan ternyata tidak benar sama sekali.

Saya Dah bayar Saman Itu

Dalam perkembangan lain, berlainan pula dengan Syazwan kerana menurut beliau di Instagram nya, kes saman tersebut telah pun selesai dan dia sudah menjelaskan tuntutan yang dihidapi. Pada statusnya juga, Syazwan turut memerli Zed Zaidi dengan mengatakan kes tersebut sudah pun berlalu namun pihaknya baru bertanyakan kes tersebut pada beliau.

Dapat Berpuluh Ribu Ringgit Takkan RM50 Tak Mampu?

Dalam masa yang sama menurut Zed, bayaran RM50 yang dikenakan adalah yuran selama setahun dan bukannya sebulan.
“Bayaran RM50 tu setahun. Bukan sebulan? Selama ni artis dapat duit berpuluh-puluh ribu ringgit, takkan RM50 setahun nak bayar pun tak mampu?”
Tambah Zed, beliau turut meminta kepada semua artis yang tidak berpuas hati dan mengalami sesuatu masalah agar dapat berjumpa dengannya untuk selesaikan masalah tersebut bebrbanding dengan merungut dan berkongsi di media sosial .
sumber: https://www.hangat.com/
Back To Top